PWS MENYERAHKAN AGIHAN TABUNG WAKAF TUNAI RM17,000.00 KEPADA MASJID AL HIDAYAH

PWS MENYERAHKAN AGIHAN TABUNG WAKAF TUNAI RM17,000.00 KEPADA MASJID AL HIDAYAH

29 Januari 2025, Kuala Langat – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) menyerahkan agihan tabung wakaf bernilai RM 17,000.00 kepada Masjid Al-Hidayah, Telok Panglima Garang.

Serahan cek cura telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Suffian Assauri bin Omar , Pegawai Unit Kutipan dan Agihan, Bahagian Korporat PWS dan disambut mesra oleh Tuan Nazir masjid berkenaan.

Agihan tabung wakaf tersebut adalah dari kutipan Tabung Wakaf Tunai yang diletakkan di Masjid, 33% dari hasil kutipan Tabung akan diserahkan balik kepada Masjid untuk menambak tanah dan memasang pagar di tanah perkuburan kariah masjid tersebut.

Selain itu, Kuliah Maghrib khas juga turut diadakan yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Suffian sendiri bagi menyebarluaskan lagi dakwah, kefahaman dan kesedaran serta hikmah dan fadhilat berwakaf.

Kaunter wakaf tunai juga turut dibuka bagi memberi peluang kepada para jemaah melaksanakan ibadah wakaf.

Semoga sumbangan ini memberi manfaat kepada jemaah dan menjadikan jariah yang mengalir kepada pewakaf-pewakaf yang menyumbang di PWS sehingga yaumulakhirah.

Ayuh laksanakan wakaf tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.

Layari Wakaf Selangor Online

https://fpx.wakafselangor.gov.my/

atau

https://infaqpay.my/go/wakafselangor

untuk berwakaf tunai

—-

#wakafselangor

#wakaftunai

#wakafmembangunkanummah

#andawakafkamiagih

#terimakasihpewakaf

#masjidalhidayahtelokpenglimagarang

No Comments

Post A Comment