PWS MENYANYUNI JEMAAH MASJID AL-HIDAYAH MENYAMPAIKAN KULIAH TERAWIH KHAS SEMPENA BULAN WAKAF SELANGOR

PWS MENYANYUNI JEMAAH MASJID AL-HIDAYAH MENYAMPAIKAN KULIAH TERAWIH KHAS SEMPENA BULAN WAKAF SELANGOR

9 Mac 2025, Shah Alam – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah mengadakan Kuliah Terawih Khas di Masjid Al-Hidayah, Seksyen 18 yang disampaikan oleh AF Ustaz Ibnu Hubain bin Abdul Aziz, Eksekutif Unit Kutipan dan Agihan Bahagian Korporat PWS.

Bagi merancakkan lagi Bulan Wakaf Selangor, PWS terus giat dalam menyebarluaskan lagi dakwah, kefahaman dan kesedaran serta hikmah dan fadhilat dalam melaksanakan Ibadah wakaf.

Sebagaimana Sabda Nabi SAW: “Apabila mati seorang manusia, terputus segala amalannya kecuali tiga perkara : sedekah jariah (wakaf), ilmu yang dimanfaat dengannya, dan anak soleh yang mendokan baginya” (Hadis riwayat Muslim)

Turut dibuka kaunter wakaf tunai bagi memberi peluang kepada para jemaah melaksanakan ibadah wakaf melalui kaedah potongan gaji, auto debit, debit langsung (direct debit), secara terus (one-off) dan QR code.

Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.

Layari Wakaf Selangor Online

https://fpx.wakafselangor.gov.my

atau

https://infaqpay.my/go/wakafselangor

untuk berwakaf tunai.

#wakafselangor

#wakaftunai

#wakafmembangunkanummah

#bulanwakafselangor

#satuwakafsejutamanfaat

#masjidalhidayahseksyen18

No Comments

Post A Comment