12 Julai 2024, Puchong – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) terus giat dalam menyebarluaskan lagi maksud “Kepentingan Berwakaf” melalui tazkirah jumaat di Masjid Al Istiqamah, Kg Sri Langkas Tambahan.
Tazkirah telah disampaikan oleh AF Ustaz Muhammad Suffian Assauri bin Omar, Pegawai Unit Kutipan dan Agihan Bahagian Korporat PWS.
Tazkirah yang dilaksanakan ini adalah bertujuan untuk menyebarluaskan lagi dakwah, kefahaman dan kesedaran serta hikmah dan fadhilat dalam melaksanakan Ibadah wakaf.
Sebagaimana Sabda Nabi SAW: “Apabila mati seorang manusia, terputus segala amalannya kecuali tiga perkara : sedekah jariah (wakaf), ilmu yang dimanfaat dengannya, dan anak soleh yang mendokan baginya” (Hadis riwayat Muslim)
Kaunter wakaf tunai turut dibuka bagi memberi peluang kepada para jemaah melaksanakan ibadah wakaf melalui kaedah potongan gaji, auto debit, debit langsung (direct debit), secara terus (one-off) dan QR code.
Masjid Al Istiqamah ini juga adalah merupakan Wakaf Khas yang berdaftar dibawah seliaan PWS.
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
Layari Wakaf Selangor Online
https://fpx.wakafselangor.gov.my Atau https://infaqpay.my/go/wakafselangor untuk berwakaf tunai. — #wakafselangor #wakaftunai #wakafmembangunkanummah #indahnyaberwakaf #mudahnyaberwakaf #masjidalistiqamahkampungserilangkastambahan
No Comments