PWS SEBARLUASKAN SUMBANGAN WAKAF TUNAI KEPADA INSTITUSI AGAMA DI SELANGOR SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

PWS SEBARLUASKAN SUMBANGAN WAKAF TUNAI KEPADA INSTITUSI AGAMA DI SELANGOR SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

5 September 2025 – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) menyerahkan sumbangan wakaf  kepada  institusi agama di negeri Selangor.

PWS  menyerahkan sumbangan wakaf Fisabilillah sebanyak RM49,543.00 kepada Masjid Al-Khairiah, Simpang Lima Sungai Besar Sabak Bernam untuk baik pulih bumbung masjid.

Serahan cek cura telah disampaikan oleh  AF Ustaz Suffian Assauri bin Omar, Penolong Eksekutif Unit Kutipan dan Agihan Bahagian Korporat PWS.

Turut diadakan tazkirah jumaat di dua buah institusi tersebut bagi menyebarluaskan lagi dakwah, kefahaman dan kesedaran serta hikmah dan fadhilat berwakaf, PWS juga turut membuka kaunter wakaf tunai untuk memberi peluang kepada para jemaah melaksanakan ibadah wakaf.

Semoga sumbangan ini memberi manfaat kepada jemaah dan menjadikan jariah yang mengalir kepada pewakaf-pewakaf yang menyumbang di PWS sehingga yaumulakhirah.

Ayuh laksanakan wakaf tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.

Layari Wakaf Selangor Online

https://fpx.wakafselangor.gov.my/

atau

https://infaqpay.my/go/wakafselangor

untuk berwakaf tunai

#wakafselangor

#wakaftunai

#wakafmembangunkanummah

#andawakafkamiagih

#terimakasihpewakaf

No Comments

Post A Comment