28 Februari 2025, Klang – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) dengan kerjasama Masjid Ar Ridzuan, Kg. Sg. Serdang telah mengadakan tazkirah Jumaat khas yang disampaikan oleh AF Ustaz Muhammad Suffian Assauri bin Omar, Pegawai Unit Kutipan dan Agihan Bahagian Korporat PWS.
Tazkirah yang disampaikan adalah bagi menyebarluaskan lagi berkenaan kefahaman dan kesedaran serta hikmah dan fadhilat berwakaf kepada orang ramai serta maksud indahnya berwakaf itu sendiri bagi merancakkan lagi Bulan Wakaf Selangor.
Kaunter Wakaf Tunai turut juga dibuka bagi memberi peluang penduduk setempat dan jemaah melaksanakan ibadah Wakaf Tunai ini.
Ayuh laksanakan Wakaf Tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
No Comments