ALHAMDULILLAH, JARIAH ANDA TELAH DIAGIHKAN KE MASJID AS-SALAM,BUKIT SENTOSA

ALHAMDULILLAH, JARIAH ANDA TELAH DIAGIHKAN KE MASJID AS-SALAM,BUKIT SENTOSA

30 Januari 2025, Hulu Selangor – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) menyerahkan agihan tabung wakaf bernilai RM 35,000.00 kepada Masjid As-Salam, Bukit Sentosa Rawang.

Serahan cek cura telah disampaikan oleh  Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat PWS dan disambut mesra oleh YBhg. Leftanan Kolonel (B) Amir bin Yahaya, Nazir Masjid As-Salam Bukit Sentosa dan turut disaksikan oleh YBhg. Tuan Haji Shamsuddin bin Isa, Timbalan Nazir merangkap Ketua Biro Pengurusan Aset & Prasarana Masjid As – Salam Bukit Sentosa.

Agihan tabung wakaf tersebut adalah dari kutipan Tabung Wakaf Tunai yang diletakkan di Masjid, 33% dari hasil kutipan Tabung akan diserahkan balik kepada Masjid untuk menaik taraf stor dan bilik pengurusan jenazah di masjid tersebut.

Selain itu, Kuliah Maghrib khas juga turut diadakan yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Hafizuddin, Pegawai Unit Kutipan dan Agihan PWS bagi menyebarluaskan lagi dakwah, kefahaman dan kesedaran serta hikmah dan fadhilat berwakaf.

Kaunter wakaf tunai juga turut dibuka bagi memberi peluang kepada para jemaah melaksanakan ibadah wakaf.

Semoga sumbangan ini memberi manfaat kepada jemaah dan menjadikan jariah yang mengalir kepada pewakaf-pewakaf yang menyumbang di PWS sehingga yaumulakhirah.

Ayuh laksanakan wakaf tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.

Layari Wakaf Selangor Online

https://fpx.wakafselangor.gov.my/

atau

https://infaqpay.my/go/wakafselangor

untuk berwakaf tunai

—-

#wakafselangor

#wakaftunai

#wakafmembangunkanummah

#andawakafkamiagih

#terimakasihpewakaf

#masjidassalambukitsentosa

No Comments

Post A Comment