17 Oktober 2024, Sepang – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) dengan kerjasama Masjid As-Syakirin, Jenderam Hilir, Dengkil telah mengadakan Kuliah Maghrib Khas yang di sampaikan oleh YBrs. Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif PWS.
Kuliah yang bertajuk “𝗞𝗲𝗽𝗲𝗻𝘁𝗶𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗛𝗮𝗿𝘁𝗮 𝗪𝗮𝗸𝗮𝗳 ” adalah untuk memberi kefahaman, kesedaran serta hikmah dan fadhilat kepada masyarakat untuk melaksanakan ibadah wakaf di seluruh negeri Selangor.
Kaunter wakaf tunai turut dibuka bagi memberi peluang kepada ahli kariah melaksanakan ibadah wakaf melalui kaedah potongan gaji, auto debit, debit langsung (direct debit), secara terus (one-off) dan QR code.
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
No Comments