14 Februari 2025, Klang – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) terus giat dalam memperkasakan dan sebarluaskan wakaf melalui Tazkirah Jumaat kepada institusi agama bersempena Bulan Wakaf Negeri Selangor.
Tazkirah Jumaat yang disampaikan oleh AF Ustaz Muhammad Suffian Assauri bin Omar di Masjid Asy Syarif, Meru Klang.
Bulan Sya’ban dan Ramadhan merupakan Bulan Wakaf Negeri Selangor, PWS sedang giat untuk menyebarluaskan kefahaman dan kesedaran berkaitan ibadah wakaf serta hikmah, kehebatan dan keindahan berwakaf itu sendiri. Selain itu, kaunter wakaf tunai turut dibuka bagi memberi peluang kepada jemaah dan ahli kariah melaksanakan ibadah wakaf melalui kaedah potongan gaji, auto debit, debit langsung (direct debit), secara terus (one-off) dan QR code.
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
No Comments