PWS TERUS MENYANTUNI DAN MEMPERKASAKAN “INDAHNYA BERWAKAF” DI MASJID AT TOYYIBIN

PWS TERUS MENYANTUNI DAN MEMPERKASAKAN “INDAHNYA BERWAKAF” DI MASJID AT TOYYIBIN

4 Oktober 2024, Kuala Langat – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah mengadakan Tazkirah Jumaat di Masjid At Toyyibin Kg Endah bertajuk “Indahnya Berwakaf”. Tazkirah telah disampaikan oleh AF Ustaz Muhammad Hafizuddin Mohamad Sharil, Penolong Eksekutif Unit Kutipan dan Agihan Bahagian Korporat PWS.

Tazkirah Jumaat ini adalah bertujuan untuk menyebarluaskan lagi dakwah, kefahaman dan kesedaran serta hikmah dan fadhilat dalam melaksanakan Ibadah wakaf.

Sebagaimana Sabda Nabi SAW: “Apabila mati seorang manusia, terputus segala amalannya kecuali tiga perkara : sedekah jariah (wakaf), ilmu yang dimanfaat dengannya, dan anak soleh yang mendokan baginya” (Hadis riwayat Muslim)

Turut dibuka kaunter wakaf tunai bagi memberi peluang kepada para jemaah melaksanakan ibadah wakaf melalui kaedah potongan gaji, auto debit, debit langsung (direct debit), secara terus (one-off) dan QR code.

Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.

Layari Wakaf Selangor Online

https://fpx.wakafselangor.gov.my

atau

https://infaqpay.my/go/wakafselangor

untuk berwakaf tunai.

#wakafselangor

#wakaftunai

#wakafmembangunkanummah

#indahnyaberwakaf

#indahnyaberwakaf

#masjidattoyyibinkampungendah

No Comments

Post A Comment