24 Mac 2025, Klang – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menerima sumbangan wakaf bernilai RM100,000.00 yang telah disempurnakan akad dihadapan DYMM Sultan Selangor ketika Majlis Ihya’ Ramadhan pada tahun ini dan merasmikan Masjid Wakaf di Masjid Bandar Bukit Raja, Klang.
Daripada jumlah tersebut, Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) melalui Datuk Bandar MBSJ telah menyerahkan cek cura kepada DYMM Sultan Selangor berjumlah RM50,000.00 dan ianya adalah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kedua yang melazimi ibadah wakaf melalui Wakaf Tunai Korporat PBT.
Dalam masa yang sama juga Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) turut menyerahkan cek cura kepada DYMM Sultan Selangor melalui Datuk Bandar MBDK dengan jumlah RM50,000.00 untuk tujuan yang sama iaitu Wakaf Tunai Korporat PBT.
“Menurut Anuar Hamzah Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif PWS menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada DYMM Sultan Selangor telah berkenan mencemar duli menerima menghadap pewakaf dan juga menerima sumbangan wakaf tunai korporat yang telah diserahkan”.
“PWS menzahirkan penghargaan terima kasih tidak terhingga kepada pewakaf yang telah melaksanakan Ibadah Wakaf ini, khususnya dalam bulan yang mulia iaitu Bulan Ramadhan. Dengan dimulai oleh MBSA yang telah melaksanakan ibadah wakaf, dan kini MBSJ dan MBDK turut sama berwakaf. Saya mengharapkan agar PBT yang lain dapat turut serta dalam berwakaf ini InsyaALLAH”.
“Dalam bulan yang mulia ini, juga adalah Bulan Wakaf Negeri Selangor, PWS menyeru kepada semua masyarakat khususnya di Negeri Selangor untuk melazimi Ibadah Wakaf yang merupakan satu amalan yang dituntut dan menjamin ganjaran pahala yang berterusan.”
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
Layari Wakaf Selangor Online
https://fpx.wakafselangor.gov.my
atau
https://infaqpay.my/go/wakafselangor
untuk berwakaf tunai.
#wakafselangor
#wakaftunaikorporat
#wakafmembangunkanummah
#bulanwakafselangor
#satuwakafsejutamanfaat
No Comments