TERUSKAN BERWAKAF DI PERBADANAN WAKAF SELANGOR -Sumbangan Anda disalurkan ke Masjid Diraja Sultan Suleiman Sebanyak RM21,514.10-

TERUSKAN BERWAKAF DI PERBADANAN WAKAF SELANGOR -Sumbangan Anda disalurkan ke Masjid Diraja Sultan Suleiman Sebanyak RM21,514.10-

11 Disember 2024, Klang – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) terus memperkasakan agihan tabung wakaf tunai bernilai RM21,514.10 ke Masjid DiRaja Sultan Suleiman.

Serahan cek cura telah disampaikan oleh  AF Ustaz Muhammad Hafizuddin bin Mohamad Sharil, Pegawai Unit Kutipan dan Agihan Bahagian Korporat PWS.

Sumbangan tersebut adalah hasil dari kutipan Tabung Wakaf Tunai yang diletakkan di Surau, 33% dari hasil kutipan Tabung akan diserahkan semula kepada surau bagi tujuan naik taraf fasiliti di masjid  tersebut.

Turut diadakan Kuliah Maghrib Khas bertajuk “Indahnya Berwakaf” disampaikan oleh AF Ustaz Muhammad Hafizuddin sendiri bagi menyebarluaskan lagi dakwah, kefahaman dan kesedaran serta hikmah dan fadhilat dalam melaksanakan Ibadah wakaf.

Kaunter wakaf tunai turut dibuka bagi memberi peluang kepada muslimat dalam melaksanakan ibadah wakaf melalui kaedah potongan gaji, auto debit, debit langsung (direct debit), secara terus (one-off) dan QR code.

Semoga agihan ini dapat dimanfaatkan oleh jemaah dan menjadikan jariah yang mengalir kepada pewakaf-pewakaf sehingga yaumulakhirah.

Sebagaimana Sabda Nabi SAW: “Apabila mati seorang manusia, terputus segala amalannya kecuali tiga perkara : sedekah jariah (wakaf), ilmu yang dimanfaat dengannya, dan anak soleh yang mendokan baginya” (Hadis riwayat Muslim)

Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.

Layari Wakaf Selangor Online

https://fpx.wakafselangor.gov.my

atau

https://infaqpay.my/go/wakafselangor

untuk berwakaf tunai.

#wakafselangor

#wakaftunai

#wakafmembangunkanummah

#indahnyaberwakaf

#mudahnyaberwakaf

#andawakafkamiagih

#terimakasihpewakaf

#masjiddirajasultansuleimanklang

No Comments

Post A Comment