PWS TERUS GIAT MENGADAKAN TAZKIRAH JUMAAT KEPADA INSTITUSI AGAMA DI NEGERI SELANGOR

PWS TERUS GIAT MENGADAKAN TAZKIRAH JUMAAT KEPADA INSTITUSI AGAMA DI NEGERI SELANGOR

17 Januari 2025 – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) terus giat dalam memperkasakan dan sebarluaskan wakaf melalui Tazkirah Jumaat kepada  institusi agama di negeri Selangor.

Tazkirah Jumaat yang disampaikan oleh AF Ustaz Muhammad Hafizuddin Mohamad Sharil di Masjid Jamek Jama’iyah, Morib adalah untuk memberi kefahaman, kesedaran serta hikmah dan fadhilat kepada masyarakat untuk melaksanakan ibadah wakaf di seluruh negeri Selangor.

Selain itu, kaunter wakaf tunai turut dibuka bagi memberi peluang kepada jemaah dan ahli kariah melaksanakan ibadah wakaf melalui kaedah potongan gaji, auto debit, debit langsung (direct debit), secara terus (one-off) dan QR code.

Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.

Layari Wakaf Selangor Online

https://fpx.wakafselangor.gov.my

atau

https://infaqpay.my/go/wakafselangor

untuk berwakaf tunai.

#wakafselangor

#wakaftunai

#wakafmembangunkanummah

#indahnyaberwakaf

#mudahnyaberwakaf

#masjidjamekjamaiyahmorib

No Comments

Post A Comment