1 Mei 2025 – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) menyerahkan sumbangan wakaf tunai kepada institusi agama di negeri Selangor.
Sumbangan tersebut merangkumi daripada agihan tabung wakaf dari kutipan Tabung Wakaf Tunai yang diletakkan di Masjid, 33% dari hasil kutipan Tabung akan diserahkan balik kepada Masjid iaitu Masjid Jamek Pekan Kajang sebanyak 122,090.00
Serahan cek cura telah disampaikan oleh AF Ustaz Muhammad Hafizuddin Muhamad Sharil Unit Kutipan dan Agihan Bahagian Korporat PWS. Turut diadakan Kuliah khas di institusi tersebut bagi menyebarluaskan lagi dakwah, kefahaman dan kesedaran serta hikmah dan fadhilat berwakaf.
PWS juga turut membuka kaunter wakaf tunai untuk memberi peluang kepada para jemaah melaksanakan ibadah wakaf.
Semoga sumbangan ini memberi manfaat kepada jemaah dan menjadikan jariah yang mengalir kepada pewakaf-pewakaf yang menyumbang di PWS sehingga yaumulakhirah.
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
No Comments