KULIAH SUBUH KHAS “WAKAF”, PERSEDIAAN SEBELUM KEMATIAN” DI MASJID JAMEK PEKAN KAJANG

KULIAH SUBUH KHAS “WAKAF”, PERSEDIAAN SEBELUM KEMATIAN” DI MASJID JAMEK PEKAN KAJANG

1 Januari 2025, Hulu Langat – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) terus giat dalam memperkasakan dan sebarluaskan Kuliah Wakaf di Masjid Jamek Pekan Kajang.

Kuliah Subuh yang disampaikan oleh AF Ustaz Muhammad Hafizuddin Mohamad Sharil, Pegawai Unit Kutipan dan Agihan Bahagian Korporat PWS adalah untuk memberi kefahaman, kesedaran serta hikmah dan fadhilat kepada masyarakat untuk melaksanakan ibadah wakaf di seluruh negeri Selangor.

Selain itu, kaunter wakaf tunai turut dibuka bagi memberi peluang kepada ahli kariah melaksanakan ibadah wakaf melalui kaedah potongan gaji, auto debit, debit langsung (direct debit), secara terus (one-off) dan QR code.

Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.

Layari Wakaf Selangor Online

https://fpx.wakafselangor.gov.my

atau

https://infaqpay.my/go/wakafselangor

untuk berwakaf tunai.

#wakafselangor

#wakaftunai

#wakafmembangunkanummah

#indahnyaberwakaf

#mudahnyaberwakaf

#masjidjamekpekankajang

 

No Comments

Post A Comment