28 Januari 2025, Shah Alam – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah dihadiri hamba Allah yang sudi mewakafkan hartanya bejumlah RM 50,000.
Hamba Allah merupakan seorang pesara swasta telah mewakafkan hartanya berbentuk wang tunai untuk diniatkan kepada diri dan ahli keluarganya.
Wakaf Tunai tersebut disumbangkan kepada Pembinaan Masjid Lembah Subang 2 sebagai wakaf khas yang dikelolai oleh PWS dan disambut mesra oleh jawatankuasa pembinaan masjid tersebut serta disaksikan oleh AF Ustaz Abu Bakar bin Abdullah, Pegawai Unit Kutipan dan Agihan Bahagian Korporat PWS.
Semoga Ibadah wakaf yang dilaksanakan menjadikan jariah pahala yang berpanjangan sehingga yaumulakhirah.
Ayuh laksanakan Wakaf Tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
No Comments