8 November 2024, Hulu Langat – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah diundang oleh Masjid Prima Saujana untuk menerima sumbangan wakaf RM 1 Juta untuk diwakafkan kepada Masjid Al-Falah Sungai Ramal Dalam, Kajang.
Serahan cek cura telah disempurnakan oleh Tuan Hj Mohamad Asri Harun, Nazir Masjid Prima Saujana dan disambut mesra oleh YBrs Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif PWS serta disaksikan oleh Jawatankuasa Pembangunan Masjid Al-Falah, Sungai Ramal Dalam.
Selain itu, PWS juga dijemput untuk menyampaikan tazkirah jumaat yang bertajuk “Indahnya Berwakaf” yang disampaikan oleh AF Ustaz Muhammad Hafizuddin bin Mohamad Sharil, Penolong Eksekutif Unit Kutipan dan Agihan Bahagian Korporat PWS.
Turut dibuka kaunter wakaf tunai bagi memberi peluang kepada para jemaah melaksanakan ibadah wakaf melalui kaedah potongan gaji, auto debit, debit langsung (direct debit), secara terus (one-off) dan QR code.
Semoga sumbangan ini memberi manfaat kepada jemaah Masjid Al Falah, Sungai Ramal Dalam dan menjadikan jariah yang mengalir kepada pewakaf-pewakaf yang menyumbang sehingga yaumulakhirah.
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
Layari Wakaf Selangor Online
—
https://fpx.wakafselangor.gov.my/
atau
https://infaqpay.my/go/wakafselangor
untuk berwakaf tunai
#wakafselangor
#wakaftunai
#wakafmembangunkanummah
#andawakafkamiagih
#terimakasihpewakaf
#masjidprimasaujanakajang
#masjidalfalahsungairamaldalam
No Comments