25 Oktober 2025, Sepang – Masjid Raja Haji Fisabilillah, Cyberjaya malam ini menerima kehadiran jemaah bagi mengikuti Program Bicara Wakaf anjuran Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) bertemakan “Biarpun Nafas Terhenti, Pahala Terus Mengalir.”
Program ini menampilkan YH Sahibus Samahah Dato’ Dr. Haji Badli Shah Alauddin, Timbalan Mufti Negeri Pahang sebagai penceramah jemputan, dan dimoderatorkan oleh AF Ustaz Ibnu Hubain bin Abdul Aziz, Eksekutif Unit Kutipan dan Agihan, Bahagian Korporat PWS.
Dalam bicara yang penuh penghayatan ini, para jemaah didedahkan dengan fadhilat, hikmah dan kehebatan amalan wakaf, bagaimana harta yang diinfakkan kerana Allah mampu menjadi sumber pahala berterusan, menyinari kehidupan pewakaf walaupun selepas meninggalkan dunia.
Wakaf bukan sekadar sedekah, tetapi manifestasi cinta kepada Allah dan ummah, yang mengukuhkan institusi pendidikan, kebajikan serta pembangunan masyarakat.
Turut dibuka sepanjang program ialah Kaunter Wakaf PWS bagi memberi peluang kepada jemaah menunaikan ibadah wakaf dan merasai nikmat memberi yang berkekalan manfaatnya.
Sesungguhnya wakaf adalah pelaburan akhirat yang tiada susut nilainya. Biarpun nafas terhenti, pahala terus mengalir.
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
Layari Wakaf Selangor Online
https://fpx.wakafselangor.gov.my
atau
https://infaqpay.my/go/wakafselangor
untuk berwakaf tunai.
#PerbadananWakafSelangor #BICARAWAKAFPWS #PAHALATERUSMENGALIR #WakafFisabilillah #PWSPrihatin #MasjidRajaHajiFisabilillah #Cyberjaya #wakafmembangunkanummah #FadhilatWakaf #HikmahWakaf #KehebatanWakaf #WakafHariIniPahalanyaSelamanya
No Comments