PWS SERAH AGIHAN TABUNG WAKAF TUNAI BERNILAI RM 58,515.50

PWS SERAH AGIHAN TABUNG WAKAF TUNAI BERNILAI RM 58,515.50

9 Ogos 2024, Sepang – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menyerahkan agihan tabung wakaf tunai bernilai RM 58,515.50 di Masjid Raja Haji Fisabilillah, Cyberjaya.
 
Serahan cek cura telah disempurnakan oleh Al Fadhil Ustaz Muhammad Hafizuddin bin Mohamad Sharil, Pegawai Perbadanan Wakaf Selangor dan disambut mesra oleh Y.D.M Tengku Orang Kaya Maha Bijaya Sepang, Tengku Dato’ Prof. Dr. Jamaluddin bin Tengku Mahmud Shah Al-Haj untuk disampaikan kepada Al Fadhil Muhammad Radhi bin Zainuddin, Pengurus Masjid.
 
Sumbangan tersebut adalah merupakan hasil dari kutipan Tabung Wakaf Tunai yang diletakkan di Masjid, 33% dari hasil kutipan Tabung akan diserahkan balik kepada Masjid untuk pembelian mesin pencuci lantai dan mesin angkut untuk kegunaan di masjid tersebut.
 
Tazkirah Jumaat turut disampaikan oleh Ustaz Hafizuddin sendiri bagi memperkasakan lagi dakwah, kefahaman dan kesedaran serta hikmah dan fadhilat bagi sebarluaskan maksud “Indahnya Berwakaf”.
Kaunter wakaf tunai turut dibuka bagi memberi peluang kepada para jemaah melaksanakan ibadah wakaf melalui kaedah potongan gaji, auto debit, debit langsung (direct debit), secara terus (one-off) dan QR code.
 
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
 
Layari Wakaf Selangor Online
No Comments

Post A Comment