14 Oktober 2024, Shah Alam – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) terus giat dalam memperkasakan dan sebarluaskan “Keajaiban Sedekah” menerusi Kuliah Maghrib Khas di Masjid Setia Alam.
Kuliah yang disampaikan oleh AF Ustaz Muhammad Hafizuddin Mohamad Sharil, Pegawai Unit Kutipan dan Agihan Bahagian Korporat PWS adalah untuk memberi kefahaman, kesedaran serta hikmah dan fadhilat kepada masyarakat untuk melaksanakan ibadah wakaf di seluruh negeri Selangor.
Selain itu, kaunter wakaf tunai turut dibuka bagi memberi peluang kepada ahli kariah melaksanakan ibadah wakaf melalui kaedah potongan gaji, auto debit, debit langsung (direct debit), secara terus (one-off) dan QR code.
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
No Comments