18 Oktober 2024, Petaling Jaya – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah mengadakan Tazkirah Jumaat di Masjid Subang Airport bertajuk “𝗜𝗻𝗱𝗮𝗵𝗻𝘆𝗮 𝗕𝗲𝗿𝘄𝗮𝗸𝗮𝗳” yang disampaikan oleh AF Ustaz Muhammad Hafizuddin Mohamad Sharil, Penolong Eksekutif Unit Kutipan dan Agihan Bahagian Korporat PWS.
Tazkirah Jumaat ini diteruskan bertujuan untuk menyebarluaskan lagi dakwah, kefahaman dan kesedaran serta hikmah dan fadhilat dalam melaksanakan Ibadah wakaf.
Sebagaimana Sabda Nabi SAW: “Apabila mati seorang manusia, terputus segala amalannya kecuali tiga perkara : sedekah jariah (wakaf), ilmu yang dimanfaat dengannya, dan anak soleh yang mendokan baginya” (Hadis riwayat Muslim)
Kaunter wakaf tunai turut dibuka bagi memberi peluang kepada para jemaah melaksanakan ibadah wakaf melalui kaedah potongan gaji, auto debit, debit langsung (direct debit), secara terus (one-off) dan QR code.
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
Layari Wakaf Selangor Online https://fpx.wakafselangor.gov.my atau https://infaqpay.my/go/wakafselangor untuk berwakaf tunai. — #wakafselangor #wakaftunai #wakafmembangunkanummah #indahnyaberwakaf #indahnyaberwakaf #masjidsubangairport
No Comments