Serahan cek cura telah disampaikan oleh YBrs Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PWS dan disambut mesra oleh Y. A. D Dato’ Setia Haji Mohammed Khusrin bin Haji Munawi, Orang Besar Daerah Klang merangkap Pengerusi Lembaga Tadbir Masjid Sultan Abdul Aziz serta disaksikan oleh Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat PWS dan AF Ustaz Asyraf As’ad bin Zainuddin, Pengurus Masjid Sultan Abdul Aziz.
Turut diadakan tazkirah wakaf bersama PWS yang disampaikan oleh AF Ustaz Ibnu Hubain bin Abdul Aziz, Eksekutif Unit Kutipan dan Agihan Bahagian Korporat PWS bagi menyebarluaskan lagi dakwah, kefahaman dan kesedaran serta hikmah dan fadhilat berwakaf.
No Comments