PWS MENERUSKAN SERAHAN AGIHAN TABUNG WAKAF TUNAI RM 20,530.00 KEPADA MASJID SULTAN IBRAHIM

PWS MENERUSKAN SERAHAN AGIHAN TABUNG WAKAF TUNAI RM 20,530.00 KEPADA MASJID SULTAN IBRAHIM

22 Jun 2024, Kuala Selangor – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) menyerahkan agihan tabung wakaf bernilai RM 20,530.00 kepada Masjid Sultan Ibrahim, Pekan Kuala Selangor hari ini.
 
Serahan cek cura telah disampaikan oleh Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat PWS dan disambut mesra oleh AF Ustaz Samsul Imraq, Pegawai Masjid berkenaan.
 
Agihan tabung wakaf tersebut adalah dari kutipan Tabung Wakaf Tunai yang diletakkan di Masjid, 33% dari hasil kutipan Tabung akan diserahkan balik kepada Masjid untuk menaik taraf pendawaian elektrik bagi pemasangan penyaman udara di masjid tersebut.
 
Selain itu, Kuliah Maghrib khas juga turut diadakan di sini bertajuk “Indahnya Berwakaf” yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Hafizuddin Mohamad Sharil bagi menyebarluaskan lagi dakwah, kefahaman dan kesedaran serta hikmah dan fadhilat berwakaf.
 
Kaunter wakaf tunai juga turut dibuka bagi memberi peluang kepada para jemaah melaksanakan ibadah wakaf.
Semoga sumbangan ini memberi manfaat kepada jemaah dan menjadikan jariah yang mengalir kepada pewakaf-pewakaf yang menyumbang di PWS sehingga yaumulakhirah.
 
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
 
Layari Wakaf Selangor Online
No Comments

Post A Comment