PWS juga turut membuka kaunter wakaf tunai disini bertujuan untuk berkongsi maklumat berkenaan peranan PWS di negeri Selangor sebagai institusi wakaf dan memberi peluang untuk kakitangan MBSJ melaksanakan ibadah wakaf melalui secara tunai terus (one-off), potongan gaji, auto-debit, QR code dan pelbagai kaedah yang disediakan untuk berwakaf di bulan yang mulia ini sempena meraikan dan merancakkan Bulan Wakaf Selangor.
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di sepuluh malam terakhir Ramadhan ini melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
No Comments