10 Jun 2024, Shah Alam –
Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) hari ini telah menyerahkan sumbangan Wakaf Fisabilillah berjumlah RM 6,500 kepada Media Selangor bertempat di Bangunan Bank Rakyat, Seksyen 14.
Serahan cek cura tersebut telah disampaikan oleh YBrs Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PWS dan disambut mesra oleh YBrs. Tuan Mohamed Fareed Ashaaree, Ketua Pegawai Eksekutif Media Selangor sendiri.
Taklimat ringkas juga turut diadakan di sini yang disampaikan oleh YBrs Tuan Haji Anuar Hamzah sendiri bagi menyebarluaskan lagi dakwah, kefahaman dan kesedaran serta hikmah dan fadhilat berwakaf sambil mengajak kakitangan Media Selangor melaksanakan ibadah wakaf melalui kaedah potongan gaji dan autodebit.
No Comments