Menghayati Aidiladha 1447H: Iman, Pengorbanan dan Keikhlasan

Menghayati Aidiladha 1447H: Iman, Pengorbanan dan Keikhlasan

Sempena Aidiladha 1447H, Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) mengajak seluruh umat Islam untuk bersama-sama menghayati nilai iman, pengorbanan dan keikhlasan yang menjadi inti pati sambutan Aidiladha.

Aidiladha mendidik umat Islam untuk terus taat kepada Allah SWT serta menzahirkan pengorbanan dan ihsan dalam kehidupan seharian demi memperoleh keberkatan di dunia dan akhirat.

Dalam menghidupkan semangat Aidiladha, marilah kita bersama menyuburkan amalan kebajikan dan wakaf sebagai usaha berterusan ke arah kesejahteraan ummah serta meraih ganjaran yang berkekalan.

No Comments

Post A Comment