PWS TURUT SERTA DALAM MISI BANTUAN PASCA BANJIR DI KELANTAN

PWS TURUT SERTA DALAM MISI BANTUAN PASCA BANJIR DI KELANTAN

13 – 15 Disember 2024, Kelantan – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) bersama Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Selangor, MAIS serta agensi dan anak syarikat telah melaksanakan misi bantuan pasca banjir 2024 yang melibatkan Negeri Pantai Timur dan Utara Malaysia.

Misi selama tiga hari ini dimulakan dengan majlis pelepasan (flag off) yang dirasmikan oleh YAD Tan Sri Dato’ Sri Abdul Aziz bin Mohd Yusof, Pengerusi MAIS serta disaksikan oleh Ketua-ketua jabatan dari agensi dan anak syarikat di Bangunan Sultan Idris Shah, Shah Alam.

Delegasi ini telah berkampung selama tiga hari di Kelantan bagi menyerahkan sumbangan berjumlah RM598,600.00 dan serahan cek cura serta pek bantuan makanan telah disampaikan oleh Encik Zaharudin Salim dan disambut mesra oleh YABhg. Dato Hj Mohd Anis bin Hussien, TYDP Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan di Masjid Sultan Mansor Kota Bharu.

Selain itu, delegasi tersebut telah mengadakan operasi pembersihan gotong royong bersama badan agensi yang terlibat serta agihan set bantuan makanan kepada mangsa banjir bertempat di Kampung Kajang Sebidang, Tumpat.

Sumbangan ini meliputi peruntukan daripada MAIS, Jabatan Mufti Negeri Selangor (JMNS), Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS), Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor (JPSS), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Lembaga Zakat Selangor (LZS), Perbadanan Wakaf Selangor (PWS), Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE), Bakti Suci Holdings Sdn Bhd (BSHSB), Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (TERAS), Universiti Islam Selangor (UIS) dan Tabung Infak Jariah Umat Islam Selangor (TIJARI).

Semoga dengan adanya misi bantuan seperti ini dapat meringankan beban dan memberikan kegembiraan serta manfaat kepada saudara kita yang dilanda musibah banjir di negeri-negeri yang terlibat.

Ayuh laksanakan Wakaf Tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.

Layari Wakaf Selangor Online

https://fpx.wakafselangor.gov.my

untuk berwakaf tunai.

#wakafselangor

#wakaftunai

#wakafmembangunkanummah

#misibantuanpascabanjir2024

No Comments

Post A Comment