11 Julai 2024, Shah Alam – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) terus giat dalam menyebarluaskan lagi maksud “Indahnya Berwakaf” melalui tazkirah maghrib di Surau An Najahiyah, Seksyen 19.
Sebagaimana Sabda Nabi SAW: “Apabila mati seorang manusia, terputus segala amalannya kecuali tiga perkara : sedekah jariah (wakaf), ilmu yang dimanfaat dengannya, dan anak soleh yang mendokan baginya” (Hadis riwayat Muslim)
Kaunter wakaf tunai turut dibuka bagi memberi peluang kepada para jemaah melaksanakan ibadah wakaf melalui kaedah potongan gaji, auto debit, debit langsung (direct debit), secara terus (one-off) dan QR code.
No Comments