19 November 2024, Klang – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah mengadakan Kunjungan Mahabbah ke Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Klang hari ini.
Delegasi PWS seramai tiga orang ini diketuai oleh Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat PWS bersama, Ustaz Muhammad Hafizuddin bin Mohamad Sharil, Penolong Eksekutif Unit Kutipan dan Agihan Bahagian Korporat PWS dan Encik Mohd Sapie bin Tumiran, Pembantu Eksekutif, Unit Korporat, Media dan Promosi, Bahagian Korporat PWS telah disambut mesra oleh AF Ustaz Hafizzudin bin Kadir, Ketua Unit Bahagian Pengurusan Masjid PAID Klang mewakili Pegawai Tadbir Agama Daerah.
Intipati kunjungan dua hala ini bertujuan berkenaan perbincangan perletakan tabung-tabung wakaf tunai di masjid dan surau Jumaat terpilih di daerah Klang, Alhamdulillah pihak PAID telah memberikan respon yang positif tentang perkara tersebut.
Semoga perjumpaan ini membuka ruang kerjasama PWS dan PAID di setiap daerah agar sama-sama dapat memartabatkan institusi wakaf dalam membangunkan ekonomi Islam di negeri Selangor khususnya dan di Malaysia Amnya, InshaAllah.
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
No Comments