PWS MENGADAKAN KUNJUNGAN MAHABBAH KE PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH KUALA SELANGOR

PWS MENGADAKAN KUNJUNGAN MAHABBAH KE PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH KUALA SELANGOR

30 Disember 2024, Kuala Selangor – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah mengadakan Kunjungan Mahabbah ke Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Kuala Selangor.

Delegasi PWS seramai empat orang ini diketuai oleh YBrs Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif PWS bersama Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat PWS, Ustaz Muhammad Hafizuddin bin Mohamad Sharil, Penolong Eksekutif Unit Kutipan dan Agihan Bahagian Korporat PWS dan Ustaz Mohamad Amsyar bin Yaakob, Pembantu Eksekutif, Bahagian Korporat PWS telah disambut mesra oleh AF Ustaz Nasrul Hadi, Pegawai Tadbir Agama sendiri.

Intipati kunjungan dua hala ini bertujuan  berkenaan perbincangan perletakan tabung-tabung wakaf tunai di masjid dan surau Jumaat terpilih di daerah Kuala Selangor, Alhamdulillah pihak PAID telah memberikan respon yang positif tentang perkara tersebut.

Semoga perjumpaan ini membuka ruang kerjasama PWS dan PAID di setiap daerah agar sama-sama dapat memartabatkan institusi wakaf dalam membangunkan ekonomi Islam di negeri Selangor khususnya dan di Malaysia Amnya, InshaAllah.

Ayuh laksanakan wakaf tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.

Layari Wakaf Selangor Online

https://fpx.wakafselangor.gov.my/

atau

https://infaqpay.my/go/wakafselangor

Untuk berwakaf tunai.

#wakafselangor

#wakaftunai

#wakafmembangunkanummah

#mudahnyaberwakaf

#paidkualaselangor

No Comments

Post A Comment