PWS SERAH SUMBANGAN WAKAF RM20 RIBU UNTUK TABUNG DANA WAKAF AL-QURAN NEGERI SELANGOR (PASCA BANJIR)

SHAH ALAM, 5 Januari – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menyumbang wakaf tunai berjumlah RM 20,000.00 kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam Majlis Pelancaran Dana Wakaf Al-Quran Negeri Selangor (Pasca Banjir) di Bangunan Sultan Idris Shah, Shah Alam petang tadi.
 
Penyerahan sumbangan ini adalah bagi tujuan pengumpulan Dana Wakaf Al-Quran Negeri Selangor untuk dimanfaatkan kepada institusi yang terkesan akibat banjir besar yang melanda pada penghujung tahun 2021. Penyerahan replika cek telah disampaikan oleh YBhg. Ustaz Anuar Hamzah bin Tohar selaku Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PWS kepada Sahibus Saadah Dato’ Haji Mohd Shahzihan bin Ahmad, Pengarah JAIS.
 
Sumbangan ini adalah menerusi inisiatif sumbangan fisabilillah dari Wakaf Tunai. PWS mengucapkan terima kasih kepada semua pewakaf-pewakaf dan teruslah berwakaf agar jariah anda dapat disalurkan kepada yang memerlukan.
Tambahan lagi, sebanyak 14 institusi termasuk PWS telah menyumbang bagi tujuan Dana Wakaf Al-Quran Negeri Selangor pada hari ini.
 
Sumbangan wakaf boleh dibuat melalui Wakaf Selangor Online, layari https://fpx.wakafselangor.gov.my/ewo_login.asp dan mendaftar melalui Portal User atau boleh berwakaf melalui aplikasi Tulus dan SnapNPay.
 
No Comments

Post A Comment