15 Januari 2025, Petaling Jaya – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah mengadakan Kunjungan Hormat ke Pejabat Yayasan Infaq Angkasa. Delegasi PWS seramai empat orang ini diketuai oleh YBrs. Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif PWS dan disambut mesra oleh YBrs. Ustaz Mohd Safian bin Abdul Rahman, Pengurus Besar, Yayasan Infaq Angkasa di Kelana Jaya.
Turut serta dalam kunjungan ini adalah Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat, Encik Muhammad Aiman bin Razidi, Penolong Eksekutif, Bahagian Hartanah dan Encik Mohd Sapie bin Tumiran Pembantu Eksekutif, Unit Korporat Media & Promosi, Bahagian Korporat PWS.
Turut serta dari Yayasan Infaq Angkasa ialah Puan Norkhaliza Mat Nayan, Pengurus, Encik Muhammad Ikram bin Darus, Pegawai Kutipan dan Promosi, Encik Muhammad Amirul bin Zainol, Pegawai Kewangan dan Puan Nurullafuziah binti Ismail, Pegawai Media dan IT.
Intipati Kunjungan dua hala ini bertujuan untuk mengadakan perbincangan kerjasama yang boleh dijalinkan melalui konsep wakaf bersama Yayasan Infaq Angkasa, hartanah wakaf, wakaf khas yang boleh diwujudkan agar dapat dilaksanakan seiring dengan misi dan visi PWS dalam bagi pembangunan ekonomi dan sosial masyarakat ummah.
Semoga perjumpaan ini membuka ruang kerjasama antara PWS dan Yayasan Infaq Angkasa bagi memartabatkan institusi wakaf dalam membangunkan ekonomi Islam di negeri Selangor khususnya dan di Malaysia Amnya, InshaAllah.
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
Layari Wakaf Selangor Online
https://fpx.wakafselangor.gov.my/
atau
https://infaqpay.my/go/wakafselangor
Untuk berwakaf tunai.
—
#wakafselangor
#wakaftunai
#wakafmembangunkanummah
#mudahnyaberwakaf
#yayasaninfaqangkasa
No Comments