Shah Alam, 10 Februari 2026 – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) buat julung kalinya melancarkan aplikasi digital “Wakaf Selangor”, sebuah platform inovatif yang dibangunkan bagi memudahcara urusan wakaf serta memperluas penyertaan masyarakat secara lebih sistematik, telus dan mesra pengguna.
Pembangunan aplikasi ini selaras dengan aspirasi pendigitalan pengurusan wakaf negeri, sekali gus membudayakan masyarakat untuk melazimi ibadah wakaf pada bila-bila masa. Melalui aplikasi ini, pengguna dapat mengakses maklumat wakaf terdahulu, menelusuri aktiviti PWS serta mengetahui agihan wakaf yang telah disalurkan secara lebih terperinci.
Pelancaran ini mencerminkan komitmen PWS dalam memperkukuh tadbir urus wakaf yang lebih cekap dan responsif terhadap keperluan masyarakat semasa.
Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh YB Tuan Dr. Muhammad Fahmi bin Ngah, Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Selangor, sebagai simbol iltizam Kerajaan Negeri Selangor dalam memacu agenda wakaf secara holistik dan berdaya maju.
Turut memeriahkan majlis ialah persembahan khas daripada kumpulan nasyid Hijjaz.
Orang ramai dialu-alukan untuk menyertai Wakaf Tunai melalui platform rasmi yang disediakan bagi memastikan kesinambungan agenda pembangunan dan kebajikan.
Sumbangan Wakaf Tunai boleh dilaksanakan secara dalam talian melalui:
🔗 https://fpx.wakafselangor.gov.my/
🔗 https://infaqpay.my/go/wakafselangor
No Comments