Pengerusi PWS Tinjau Pembangunan Tanah Wakaf Produktif di Sepang

Pengerusi PWS Tinjau Pembangunan Tanah Wakaf Produktif di Sepang

6 Januari 2026, Sepang – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) meneruskan komitmen memperkasa pengurusan dan pembangunan wakaf melalui lawatan turun padang oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Haji Syed Zainal Abidin bin Syed Mohamed Tahir, Pengerusi PWS ke tanah wakaf di Sungai Merab.

Tanah wakaf tersebut telah dimanfaatkan melalui projek pembangunan stesen minyak serta ladang Saudagar Nanas sebagai inisiatif wakaf produktif yang menjana manfaat ekonomi berterusan untuk ummah.

Lawatan ini turut diiringi oleh YBrs. Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif PWS; Encik Mohd Huzairi bin Hamdan, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PWS; YBhg. Dato’ Haji Mohamad Salim bin Sain, Ahli Lembaga Pengarah WSE serta Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat PWS.

Tujuan lawatan adalah untuk meninjau status serta keberkesanan pembangunan tanah wakaf yang telah diusahakan, di samping memastikan setiap projek dilaksanakan secara strategik, mampan dan memberi pulangan manfaat optimum kepada masyarakat.

PWS komited untuk terus memperkukuh pembangunan wakaf produktif sebagai pemacu kesejahteraan ummah dan pembangunan ekonomi Islam di Negeri Selangor.

Orang ramai dialu-alukan untuk menyertai Wakaf Tunai melalui platform rasmi yang disediakan:

🔗 https://fpx.wakafselangor.gov.my
🔗 https://infaqpay.my/go/wakafselangor

No Comments

Post A Comment