Penyerahan Wakaf Fisabilillah bagi Pembinaan Surau Baharu di Klang

Penyerahan Wakaf Fisabilillah bagi Pembinaan Surau Baharu di Klang

18 April 2026, KlangPerbadanan Wakaf Selangor terus komited memperkasa pembangunan institusi agama melalui penyaluran dana wakaf secara strategik dan berimpak tinggi.

Dalam usaha tersebut, sumbangan Wakaf Fisabilillah berjumlah RM50,000 telah disalurkan bagi tujuan pembinaan Surau Az-Zubair, Bukit Kapar. Sumbangan ini telah disampaikan oleh Ustaz Ibnu Hubain bin Abdul Aziz, Eksekutif Unit Kutipan dan Agihan PWS kepada pihak pengurusan surau.

Penyerahan ini dilaksanakan bersempena Majlis Sambutan Aidilfitri peringkat kariah Surau Az-Zubair yang turut menjadi platform pengukuhan ukhwah serta penyebaran kesedaran wakaf dalam kalangan masyarakat setempat.

Dalam masa yang sama, Surau Az-Zubair telah menerima kebenaran dan kelulusan rasmi daripada PWS untuk melaksanakan kutipan Wakaf Khas sebagai inisiatif kelestarian bagi menyokong pembinaan surau secara berfasa dan mampan.

Pendekatan ini mencerminkan model kolaborasi antara PWS dan komuniti setempat dalam memperkasakan agenda wakaf sebagai pemacu pembangunan ummah, sekali gus memastikan manfaatnya dapat dinikmati secara berterusan.

No Comments

Post A Comment