PWS HADIRI MAJLIS PERUTUSAN PENGERUSI MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR TAHUN 2025

PWS HADIRI MAJLIS PERUTUSAN PENGERUSI MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR TAHUN 2025

14 Januari 2025, Shah Alam – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menghadiri Majlis Perutusan Pengerusi MAIS bagi tahun 2025 di Auditorium Dahlia, Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS).

Majlis ini telah dihadiri oleh seluruh warga kerja MAIS, Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Selangor, agensi dan anak syarikat MAIS. Antara Dif-dif kehormat yang hadir ialah Y.A.D Dato’ Setia Prof. Madya Dr. Haji Anhar bin Haji Opir, S.S Dato’ Seri Utama DiRaja Mufti Selangor, YBhg Dato Hj. Mohd Shahzihan bin Ahmad, S.S Dato’ Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor dan YBhg. Dr. Hj. Ahmad Shahir bin Makhtar, Setiausaha MAIS.

Turut hadir ialah YBhg. Dato’ Haji Ibrahim bin Haji Md Yusof, Pengerusi PWS,  dan YBrs. Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif PWS.

MAIS juga telah melancarkan Business Continuity Management (BCM) merupakan satu panduan dan prosedur yang dilaksanakan untuk bertindak balas secara berkesan terhadap sebarang situasi kecemasan atau bencana yang akan mengganggu operasi MAIS. Menerusi pelan-pelan yang diwujudkan dalam BCM membolehkan MAIS mengenalpasti impak gangguan perniagaan di samping menyediakan pelan tindak balas untuk menangani semua jenis risiko perkhidmatan dan meminimumkan kesan terhadap organisasi.

PWS juga turut menerima sumbangan Wakaf Tunai Korporat dari Teraju Ekonomi Asnaf (TERAS) berjumlah RM 70,000.00  yang disampaikan oleh YBhg. Dato’ Aspalela binti Ramly, Ahli Lembaga Pengarah TERAS dan disambut mesra oleh Pengerusi PWS sendiri.

Semoga segala perutusan dan amanat yang disampaikan akan dijadikan sebagai panduan dalam melaksanakan kerja dan tanggungjawab oleh semua warga kerja MAIS, Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Selangor, agensi dan anak syarikat MAIS.

Ayuh berwakaf tunai! Sumbangan Wakaf kini lebih mudah dan pantas melalui laman web PWS:

https://fpx.wakafselangor.gov.my/

atau

https://infaqpay.my/go/wakafselangor

untuk berwakaf tunai.

#wakafselangor

#wakafselangormuamalat

#wakafmembangunkanummah

#mais

#terajuekonomiasnafsdnbhd

No Comments

Post A Comment