MAJLIS PERUTUSAN PENGERUSI PERBADANAN WAKAF SELANGOR (PWS) 2025 DAN PENYERAHAN AGIHAN MANFAAT HARTANAH WAKAF 2024

MAJLIS PERUTUSAN PENGERUSI PERBADANAN WAKAF SELANGOR (PWS) 2025 DAN PENYERAHAN AGIHAN MANFAAT HARTANAH WAKAF 2024

16 Januari 2024, Shah Alam – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah mengadakan Majlis Perutusan Pengerusi PWS bagi tahun 2025 dan Penyerahan Agihan Manfaat Hartanah Wakaf 2024 di Dewan Grand Patio, Hotel Concorde Shah Alam. Majlis ini telah dihadiri oleh Ahli Lembaga Pengarah PWS, Ahli Jawatankuasa Tetap, Penerima Manfaat Hartanah Wakaf tahun 2024, Rakan Media, seluruh warga kerja PWS dan anak syarikat PWS, Urus Maju Ehsan (M) Sdn. Bhd. (UME) dan Wakaf Selangor Energy Sdn. Bhd. (WSE).

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan daripada YBrs. Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif PWS dan dimulakan dengan persembahan tayangan montaj untuk sorotan program PWS tahun 2024 seterusnya perutusan dan amanat pengerusi bagi tahun 2025 yang disampaikan oleh YBhg. Dato’ Haji Ibrahim bin Haji Mohd Yusof, Pengerusi PWS.

Selain itu, YBhg. Pengerusi juga telah menyerahkan cek cura kepada penerima manfaat hartanah wakaf bagi tahun 2024 kepada sebelas (11) institusi yang melibatkan Masjid dan surau di negeri Selangor.

Turut hadir ke majlis, YBhg. Dato’ Haji Mohd Misri bin Haji Idris, Timbalan Pengerusi PWS, YAD Tengku Dato’ Ardy Esfandiari bin Tengku Abdul Hamid Shah Alhaj, YBhg. Dato’ Mohamad Daud bin Haji Dol Moin, YBrs. Tuan Rosli bin Ismail, Ahli Lembaga Pengarah PWS.

Hadir sama ialah YBhg, Dato’ Mazlan bin Che Mat Ahli Lembaga Pengarah UME, YBhg, Dr. Ridzwan bin Bakar, Jawatankausa Tetap Penilaian dan Pendaftaran Wakaf, Tuan Haji Shah Ruddin bin Haji Abd Hamid, Jawatankuasa Tetap Pembangunan Hartanah dan Ekonomi, Tuan Othman bin Mohamed, Jawatankuasa Tetap Korporat dan Encik Muhammad Nizam bin Hj Mat Saad, Ketua Pegawai Eksekutif UME.

Semoga segala perutusan dan amanat yang disampaikan akan dijadikan sebagai panduan dalam melaksanakan kerja dan tanggungjawab oleh semua warga kerja PWS, UME dan WSE.

Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.

Layari Wakaf Selangor Online

https://fpx.wakafselangor.gov.my

atau

https://infaqpay.my/go/wakafselangor

untuk berwakaf tunai.

#wakafselangor

#wakaftunai

#wakafmembangunkanummah

#indahnyaberwakaf

#perutusanpengerusipws2025

No Comments

Post A Comment