6 Mei 2025, Shah Alam – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah mengadakan ziarah mahabbah bersama pewakaf.
Ziarah mahabbah yang di ketuai oleh YBrs Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif PWS bersama Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat PWS adalah bertujuan untuk menyantuni pewakaf-pewakaf yang sentiasa istiqomah melaksanakan ibadah wakaf bersama PWS.
Semoga Ibadah wakaf yang dilaksanakan menjadikan jariah yang berpanjangan kepada pewakaf-pewakaf sehingga yaumulakhirah.
Ayuh laksanakan Wakaf Tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
No Comments