Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) menggalakkan orang ramai untuk mendaftar sebagai Pewakaf Berdaftar melalui platform Wakaf Selangor Online atau Aplikasi Wakaf Selangor bagi menikmati kemudahan perkhidmatan wakaf secara digital yang lebih menyeluruh, sistematik dan selamat.
Melalui pendaftaran ini, pewakaf akan mendapat akses kepada pelbagai kemudahan seperti:
Berwakaf secara dalam talian dengan mudah dan pantas
Rekod serta sejarah transaksi wakaf yang tersusun
Muat turun dan cetakan resit digital
Kemaskini maklumat profil pada bila-bila masa
Pendaftaran boleh dibuat melalui: 🌐 fpx.wakafselangor.gov.my/ewo_login.asp atau dengan memuat turun Aplikasi Wakaf Selangor di Google Play dan App Store.
Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan PWS dalam memperkukuh ekosistem wakaf yang lebih cekap, telus dan berdaya saing, selaras dengan agenda pendigitalan perkhidmatan demi kemudahan ummah.
PWS merakamkan penghargaan atas kepercayaan dan sokongan berterusan masyarakat dalam memartabatkan wakaf di Negeri Selangor.
No Comments