ALHAMDULILLAH,PWS MENYANTUNI HAMBA ALLAH YANG SUDI MEWAKAFKAN HARTANYA

ALHAMDULILLAH,PWS MENYANTUNI HAMBA ALLAH YANG SUDI MEWAKAFKAN HARTANYA

8 Januari 2025, Hulu Langat – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menyantuni seorang hamba Allah yang sudi mewakafkan hartanya di kediamannya di Ampang.

Hamba Allah bernama Abdul Alim bin Abdullah merupakan seorang pesara berumur 75 tahun telah mewakafkan hartanya berbentuk wang tunai dan diniatkan pahala wakaf tersebut untuk diri dan ahli keluarganya.

Bagi meraikan dan merancakkan bulan Rajab yang mulia ini, PWS terus giat untuk menyebarluaskan kefahaman dan kesedaran berkaitan ibadah wakaf serta hikmah, kehebatan dan kemudahan berwakaf itu sendiri.

Semoga Ibadah wakaf yang dilaksanakan menjadikan jariah pahala yang berpanjangan kepada pewakaf-pewakaf sehingga yaumulakhirah.

Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.

Layari Wakaf Selangor Online

https://fpx.wakafselangor.gov.my

atau

https://infaqpay.my/go/wakafselangor

untuk berwakaf tunai.

#wakafselangor

#wakaftunai

#wakafmembangunkanummah

#indahnyaberwakaf

#mudahnyaberwakaf

No Comments

Post A Comment