ALHAMDULILLAH, PWS TELAH DIHADIRI PEWAKAF TEGAR YANG SUDI MEWAKAFKAN HARTANYA KE JALAN ALLAH

ALHAMDULILLAH, PWS TELAH DIHADIRI PEWAKAF TEGAR YANG SUDI MEWAKAFKAN HARTANYA KE JALAN ALLAH

28 Jun 2024, Shah Alam – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah dihadiri Hamba Allah yang sudi mewakafkan sebahagian hartanya di hari Jumaat yang mulia ini.
 
Hamba Allah bernama Puan Salmi binti Samoon yang berusia 54 tahun ini adalah merupakan pewakaf tegar yang selalu mewakafkan sebahagian hartanya ke PWS telah disambut mesra oleh Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat PWS bersama Cik Anis Amirah binti Mohd Kifly, Eksekutif Unit Korporat, Media dan Promosi dan AF Ustaz Muhamad Khairul Ashraff bin Muhamad Nizam, Pegawai Unit Kutipan dan Agihan PWS.
 
Semoga Ibadah wakaf yang dilaksanakan menjadikan jariah yang berpanjangan kepada pewakaf-pewakaf sehingga yaumulakhirah.
 
Ayuh laksanakan Wakaf Tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
 
Layari Wakaf Selangor Online
No Comments

Post A Comment