Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) mengetengahkan potensi wakaf hartanah sebagai instrumen pembangunan ummah menerusi segmen Assalamualaikum di TV AlHijrah, dengan perkongsian bertajuk “Dari Tanah Menjadi Pahala: Potensi Wakaf Hartanah” oleh Puan Hajah Norhalisa binti Mujer, Pengurus Bahagian Hartanah, PWS.
Wakaf hartanah berpotensi menjadi aset yang dibangunkan secara produktif bagi menjana manfaat berterusan kepada masyarakat. Pengurusan yang terancang dan strategik membolehkan aset wakaf dimanfaatkan untuk menyokong pembangunan ekonomi dan sosial ummah.
Menerusi perkongsian ini, Puan Hajah Norhalisa binti Mujer mengupas potensi hartanah sebagai aset wakaf serta kepentingan pembangunan dan pengurusan aset secara berkesan bagi memastikan manfaatnya dapat dinikmati oleh masyarakat secara berterusan.
Perkongsian ini diharap dapat meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan wakaf hartanah serta potensinya sebagai instrumen pembangunan ummah yang mampan, di samping menggalakkan kefahaman mengenai pengurusan aset wakaf yang memberi manfaat kepada generasi kini dan akan datang.
Ikuti video hebahan Perbadanan Wakaf Selangor melalui pautan berikut:
No Comments