MAJLIS KEBERANGKATAN DULI YANG TERAMAT MULIA TENGKU AMIR SHAH IBNI SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ KE SAUDAGAR NANAS AGROFARM, KAMPUNG SUNGAI MERAB SEMPENA PROGRAM GAGASAN RUMPUN SELANGOR DAERAH SEPANG

MAJLIS KEBERANGKATAN DULI YANG TERAMAT MULIA TENGKU AMIR SHAH IBNI SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ KE SAUDAGAR NANAS AGROFARM, KAMPUNG SUNGAI MERAB SEMPENA PROGRAM GAGASAN RUMPUN SELANGOR DAERAH SEPANG

 
9 Mei 2024, Sepang – Merafak sembah ke bawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ke Saudagar Nanas Agrofarm, Kampung Sungai Merab Sempena Program Gagasan Rumpun Selangor Daerah Sepang.
 
Saudagar Nanas Agrofarm adalah merupakan rakan sinergi bersama Perbadanan Wakaf Selangor (PWS), di mana pemiliknya ialah Barakah Agribiz Enterprise telah menyewa tanah wakaf milik Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang diuruskan oleh PWS seluas 6.3 ekar di Lot 2950 GM 1630 dan di Lot 3000 GM 7364 Mukim Dengkil, Sepang bagi tujuan mengusahakan tanaman nanas yang berpotensi untuk menjana pendapatan yang tinggi dan dapat memenuhi permintaan buah nanas dan produk makanan berasaskan nanas di sekitar Lembah Kelang.
 
Dua (2) tanah lot wakaf tersebut telah selesai diwakafkan kepada MAIS pada 23 Julai 2012 dan 16 Mac 2015. Penerima manfaat wakaf disalurkan kepada Masjid Jamek Pekan Kajang dan Masjid Jamek Mat Saman, Sungai Ramal Luar di Hulu Langat.
 
Keseluruhan tanah wakaf di negeri Selangor yang sedang diuruskan oleh PWS adalah berkeluasan 1813.24 ekar merangkumi 9 daerah, di mana manfaatnya adalah untuk manfaat umum dan khas terutamanya untuk pembangunan ekonomi, sosial, institusi-institusi agama dan masyarakat ummah yang diniatkan oleh pewakaf di negeri Selangor ini.
Sehubungan dengan itu, adalah diharapkan agar masyarakat terus melaksanakan ibadah wakaf melalui PWS yang merupakan satu amalan yang menjamin ganjaran pahala yang berterusan. Sebagaimana sabda Baginda Rasulullah S.A.W.;
“Apabila mati anak Adam, maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara; sedekah jariah (wakaf), ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakan baginya” – (Riwayat Muslim)
 
Ayuh laksanakan Wakaf Tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
Layari Wakaf Selangor Online
 
 
 
No Comments

Post A Comment