7 November 2024, Sepang – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) baru baru ini bersama delegasi telah hadir untuk melaksanakan lawatan tapak projek Pembinaan Stesen Minyak di atas tanah wakaf yang bertempat di Sungai Merab.
Lawatan tapak ini adalah salah satu pemantauan projek yang dijadualkan bagi mengemaskini status pembinaan stesen minyak yang telah dilancarkan pada 14 Julai 2024 yang lalu.
PWS Bersama delegasi anak syarikat Wakaf Selangor Energy (WSE) telah hadir untuk melihat sendiri proses proses awalan yang dimulakan dan telah ditaklimatkan oleh kontraktor yang dilantik bagi tujuan memberi gambaran yang menyeluruh akan status projek ini, antara proses awalan yang telah pun dimulakan bagi perletakan tangki biru untuk tadahan minyak di kawasan projek pembinaan tersebut.
Turut hadir lawatan tersebut ialah YBrs. Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif PWS, YBrs Tuan Haji Mohamad Salim bin Mohd Sain, Ahli Lembaga Pengarah WSE dan Encik Mohd Huzairi bin Hamdan, Pengurus Bahagian Projek PWS.
Semoga dengan permulaan pembinaan ini dapat membangunkan tanah-tanah wakaf yang lain di negeri Selangor agar jariah pewakaf-pewakaf dapat dimanfaatkan oleh masyarakat.
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
No Comments