5 Mac 2026 – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menyerahkan Agihan Tabung Wakaf Tunai berjumlah RM35,665 kepada Masjid Jamek Al-Amaniah bagi tujuan menaik taraf sistem ICT dan penyiaran digital masjid.
Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Hafizuddin bin Muhamad Sharil kepada wakil pihak pengurusan masjid dalam satu majlis penyerahan yang berlangsung dalam suasana penuh ukhuwah.
Agihan ini merupakan 50% daripada kutipan Tabung Wakaf Tunai yang ditempatkan di masjid berkenaan, yang kemudiannya diagihkan semula kepada institusi tersebut bagi menyokong pembangunan serta keperluan kemudahan masjid.
Pendekatan ini mencerminkan komitmen PWS dalam memastikan setiap sumbangan wakaf yang diterima dapat dimanfaatkan secara langsung oleh masyarakat melalui pembangunan institusi agama.
Semoga setiap sumbangan wakaf yang dihulurkan menjadi amal jariah yang berterusan serta memberi manfaat kepada generasi kini dan akan datang.
No Comments