Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menganjurkan program Bicara Wakaf bersama warga Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor bagi memperkukuh kefahaman dan kesedaran mengenai peranan wakaf dalam pembangunan ummah.
Program yang berlangsung pada 22 Mei 2026 di Dewan Sri Siantan, Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) itu telah disampaikan oleh pendakwah Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek yang berkongsi berkaitan kepentingan wakaf sebagai amalan jariah berterusan.
Sesi turut dimoderatorkan oleh Ustaz Ibnu Hubain bin Abdul Aziz yang mengupas manfaat wakaf dalam kehidupan serta kepentingan membudayakan amalan berwakaf dalam kalangan penjawat awam dan masyarakat.
Program ini menerima sambutan menggalakkan daripada warga PBT seluruh Selangor dan menjadi platform penting dalam memperluaskan budaya berwakaf serta memperkukuh pembangunan sosioekonomi ummah.
No Comments