PWS Anjur Podcast “Sembang Wakaf: Dari Poket Ke Syurga” Sempena Karnival Agensi Islam Selangor 2026

PWS Anjur Podcast “Sembang Wakaf: Dari Poket Ke Syurga” Sempena Karnival Agensi Islam Selangor 2026

Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menganjurkan Podcast Sembang Wakaf: Dari Poket Ke Syurga sempena Karnival Agensi Islam Selangor 2026 di Masjid Puncak Alam, Kuala Selangor.

Program yang menampilkan YBhg. Dr. Hafiz Haneefa (PU Hafiz) sebagai panel jemputan ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan wakaf sebagai instrumen pembangunan ummah yang mampan.

Turut diadakan kuiz interaktif dengan hadiah tajaan TIJARI serta reruai pameran yang memperkenalkan pelbagai inisiatif dan projek pembangunan wakaf di Negeri Selangor.

No Comments

Post A Comment