PWS dan Bank Muamalat Perkasa Wakaf Kesihatan Melalui Van Klinik Mata Bergerak

PWS dan Bank Muamalat Perkasa Wakaf Kesihatan Melalui Van Klinik Mata Bergerak

4 Mac 2026, Cyberjaya – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) bersama Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) terus memperkukuh agenda wakaf kesihatan melalui pelaksanaan Van Klinik Mata (Mobile Eyecare) Bergerak Wakaf Selangor Muamalat (WSM).

Majlis tersebut turut disaksikan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor dan YAD Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin bin Saidin, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), sebagai simbol sokongan kepimpinan negeri terhadap pembangunan wakaf yang berimpak tinggi kepada masyarakat.

Van Klinik Mata Bergerak ini merupakan inisiatif kolaboratif antara PWS dan Bank Muamalat Malaysia Berhad melalui platform Wakaf Selangor Muamalat (WSM) yang telah terjalin sejak tahun 2012.

Terdahulu, replika kunci Klinik Mata Bergerak telah diserahkan kepada Management and Science University (MSU) sebagai rakan pelaksana bagi mengendalikan operasi perkhidmatan pemeriksaan kesihatan mata kepada masyarakat.

Inisiatif ini bertujuan memperluas akses kepada perkhidmatan kesihatan mata khususnya kepada komuniti luar bandar serta golongan berpendapatan rendah, selari dengan aspirasi memperkukuh wakaf sebagai instrumen pembangunan sosial yang mampan.

 

 

 

 

 

No Comments

Post A Comment