PWS Hadiri Majlis Amanat Pengerusi MAIS 2026

PWS Hadiri Majlis Amanat Pengerusi MAIS 2026

21 Januari 2026, Shah Alam – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menghadiri Majlis Amanat Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Bersama Ahli Lembaga Pemegang Amanah dan Ahli Lembaga Pengarah Agensi serta Anak Syarikat MAIS Tahun 2026 yang berlangsung di Shah Alam Convention Centre (SACC).

Majlis amanat telah disampaikan oleh YAD Senator Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin, Pengerusi MAIS yang menekankan kepentingan tadbir urus berintegriti, pengukuhan akauntabiliti serta keperluan meningkatkan keberkesanan agensi di bawah MAIS agar kekal relevan, progresif dan berimpak tinggi kepada ummah.

Penyertaan PWS dalam majlis strategik ini mencerminkan komitmen berterusan organisasi dalam menyokong aspirasi MAIS, khususnya dalam memperkasa ekosistem wakaf yang mampan, inovatif dan berdaya saing. Amanat yang disampaikan turut menjadi pemangkin kepada penjajaran hala tuju PWS bagi tahun 2026 selaras dengan agenda transformasi dan kelestarian pengurusan wakaf di Negeri Selangor.

Delegasi PWS diketuai oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Haji Syed Zainal Abidin bin Syed Mohamed Tahir, Pengerusi PWS bersama YBrs. Tuan Haji Mohamed Izam bin Mohamed Yusof, Timbalan Pengerusi PWS serta barisan Ahli Lembaga Pengarah PWS.

Majlis turut dihadiri barisan kepimpinan MAIS, agensi dan anak syarikat termasuk wakil Lembaga Zakat Selangor, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) serta pengurusan tertinggi MAIS.

PWS optimis bahawa sinergi erat antara MAIS dan agensi-agensi berkaitan akan terus menjadi pemacu dalam memperluas manfaat wakaf, memacu impak sosioekonomi dan memperkukuh kesejahteraan masyarakat secara menyeluruh.

No Comments

Post A Comment