19 April 2026, Kuala Selangor – Perbadanan Wakaf Selangor telah menghadiri Majlis Lafaz Aqad Wakaf Pondok Fasa 2A serta wakaf tanah pembangunan Fasa 3 oleh Yayasan Al-Muhammadiah yang berlangsung di Kampung Kuantan.
Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat PWS yang mewakili Ketua Pegawai Eksekutif PWS turut menyampaikan ucapan kepada para pewakaf serta menyaksikan majlis menandatangani sijil akuan dan lafaz akad wakaf oleh pewakaf kepada Yayasan Al-Muhammadiah.
Majlis ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkasa pembangunan institusi pendidikan Islam melalui instrumen wakaf, di samping memperkukuh kesedaran masyarakat terhadap kepentingan wakaf sebagai amal jariah yang berterusan.
Semoga segala usaha ini mendapat keredaan Allah SWT serta memberi manfaat berpanjangan kepada warga Yayasan Al-Muhammadiah dan menjadi jariah yang terus mengalir kepada para pewakaf hingga ke akhirat.
No Comments