PWS Dekati Penjawat Awam Melalui Kaunter Wakaf di Majlis Akrab Ramadan

PWS Dekati Penjawat Awam Melalui Kaunter Wakaf di Majlis Akrab Ramadan

27 Februari 2026, Shah Alam – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah turut serta memeriahkan Majlis Akrab Mahabbah Insani Ramadan bersama Penjawat Awam Negeri Selangor yang berlangsung di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah dalam suasana penuh barakah dan ukhuwah.

Dalam majlis yang menghimpunkan barisan kepimpinan serta penjawat awam negeri ini, PWS telah membuka kaunter penerangan dan perkhidmatan wakaf bagi memberi pendedahan secara langsung mengenai inisiatif Wakaf Tunai, Wakaf Korporat serta projek pembangunan wakaf yang sedang dan bakal dilaksanakan.

Pembukaan kaunter ini merupakan pendekatan strategik PWS dalam memperluas capaian kesedaran wakaf kepada sektor awam, selaras dengan aspirasi memperkukuh ekosistem wakaf sebagai instrumen pembangunan sosioekonomi ummah yang mampan dan inklusif.

PWS komited untuk terus mendekati pelbagai lapisan masyarakat melalui program berimpak tinggi seperti ini, sekali gus menyemarakkan budaya berwakaf yang lebih progresif di peringkat negeri.

Marilah bersama menyokong agenda wakaf demi manfaat ummah yang berpanjangan.

No Comments

Post A Comment